Warga asing kantoi menyamar kutip derma kononnya untuk pelajar tahfiz

DUA remaja warga asing mengenakan jubah dan kopiah, kantoi menyamar sebagai pengutip derma sekolah tahfiz. Video rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Namun atas ihsan orang kampung remaja berkenaan tidak diserahkan kepada pihak polis, dengan syarat mereka perlu memasukkan kesemua duit derma yang telah dikutip ke dalam tabung sebuah masjid serta memusnahkan segala dokumen palsu yang digunakan untuk mengutip derma.

Difahamkan individu yang merakam video berkenaan mula merasa curiga selepas melihat remaja terbabit di sebuah lorong sedang memasukkan duit derma yang dikutip ke dalam poket masing-masing.

“Dia buat kutipan tak ada surat rasmi daripada Jabatan Agama Islam, tak ada surat wakil daripada Maahad Tahfiz, saya jumpa dia dekat lorong tong sampah tengah ambil duit masukkan dalam poket dia,” katanya.

Malah remaja terbabit mengangguk setuju apabila ditanya oleh lelaki yang merakam video itu sama ada betul dia ada mengambil duit (derma) dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Seorang lagi remaja berkenaan turut mengakui bahawa tindakannya mengambil duit derma dan memasukannya ke dalam poket adalah perbuatan yang salah.

Kedua-dua remaja berkenaan mengaku berasal dari negara jiran Thailand, dan bukanlah penuntut Maahad Tahfiz yang dijadikan alasan untuk mengutip derma.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali dilaporkan. Tahun lalu di Kuala Ketil, seoranh pengetua sebuah madrasah tahfiz di Kampung Jawa di sini yang juga didakwa warga Bangladesh didapati menutup madrasah tersebut selepas identitinya terbongkar.

Difahamkan, lelaki menyamar sebagai etnik Rohingya itu memperalatkan pelajarnya bagi kepentingan peribadinya sejak madrasah itu beroperasi pada Julai 2016.

Menurut seorang etnik Rohingya yang tinggal di sini sejak 16 tahun lalu, Hassan Dil Muhammad, identiti lelaki itu terbongkar selepas sekumpulan jemaah tabligh menziarahi madrasah berkenaan pada hujung Mei lalu.

“Dalam kumpulan jemaah tu ada yang datang dari Bangladesh. Jadi dalam pertemuan itu baru tahu lelaki mengaku Rohingya itu sebenarnya adalah dari Bangladesh,” katanya.

Hassan mendakwa, kanak-kanak itu sering diberi arahan mengutip derma di masjid terutamanya pada Jumaat.

“Ada aktiviti belajar, tetapi banyak aktiviti kanak-kanak ni kutip derma daripada orang ramai. Tapi sejak tahfiz tu tutup dah tiada budak-budak tu kutip derma.

“Mereka kutip derma dengan alasan untuk anak-anak yatim, tapi budak-budak itu diambil sementara dari ibu bapa Rohingya yang tinggal di negeri ini,” katanya.

Penduduk Kampung Jawa yang hanya dikenali sebagai Rahimah berkata, pelajar di maahad berkenaan tidak lagi kelihatan sejak Ramadan tahun ini.

“Saya tak tau mana depa pergi sebab tiba-tiba saja hilang. Selalu nampak budak-budak ni waktu petang jalan di kampung ni. Sekarang tak ada,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan salah seorang individu yang nombor telefon dan namanya tertera dalam kain rentang di tahfiz tersebut.

Zainal Sulaiman dari Ipoh yang diletak sebagai Pengerusi menafikan terbabit dengan madrasah itu.

“Saya pun tak tahu dia guna nama saya. Sebelum ini kami salurkan bantuan sebab kesian kepada kanak-kanak Rohingya tu.

“Tetapi bila diselidik, banyak bantuan tak sampai kepada pelajar,” katanya.

Namun lain pula kes yang berlaku di Langkawi ini . Seorang pengemis yang merayau dan meminta sumbangan orang ramai untuk menolongnya mula memanipulasi kaedah ini untuk mendapatkan wang dari bekerja.

Lelaki tersebut dikatakan mambawa beg besar sambil meminta derma sambil merayau di sekitar Langkawi . Lelaki tersebut juga sering dilihat meminta minta sehinggakan Orang orang di kawasan tersebut mula berprasanka buruk kepada lelaki tersebut sebelum menangkapnya dan memaksa lelaki tersebut untuk menunjukkan isi beg yang dipegang olehnya.

Namun alangkah terkejutanya apabila lelaki tersebut bukanlah seperti yang disangkakan. Lelaki tersebut telah mengutip ratusan ribu ringgit dari rakyat di sekitar Langkawi . Duit tersebut dikatakan melebihi dari apa yang lelaki tersebut perlukan malah ianya membuatkan lelaki tersebut lebih kaya dari orang ramai yang menderma.

Akibat dari perbuatan lelaki tersebut netizen melemparkan pelbagai komen mengutuk tindakan lelaki tersebut yang malas bekerja dan hanya mendapatkan duit hasil dari simpati orang ramai sambil menipu orang ramai. Orang orang seperti ini sepatutnya perlu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menipu orang ramai sambil mengambil jalan yang mudah untuk mendapatkan wang.

Netizen juga berkata masih ramai individu yang menipu untuk mengemis dan meminta sedekah ditempat lain juga menyebabkan persepsi buruk terhadap pengemis yang benar benar memerlukan pertolongan.

Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton.

kes di Langkawi

https://www.youtube.com/watch?v=eFAzITY0v5E