“Hey you Hijabista biadap!” – Watak Kak Sue dalam drama Pujaan Hati Kanda buat peminat terhibur

Drama Pujaan Hati Kanda yang sedang bersiaran di slot Akasia TV3, sememangnya menjadi sebutan ramai. Gandingan pelakon yang mantap, serta ditambah pula dengan scene ‘tak jadi’ yang tular di laman sosial telah menaikkan rating drama ini.

Namun semalam di laman Twitter, peminat drama ini telah memuat naik komen dan status memuji pembawaan lakonan watak gadis kampung yang dilakonkan oleh Reen Rahim.

Watak Suria iaitu kakak kepada Tiara (Mira Filzah) telah mencetuskan tawa dalam kalangan netizen.

Babak ketika Suria memarahi Nadine disifatkan sebagai babak yang sangat kelakar, apabila Suria menyerang Nadine dengan menggunakan bahasa Inggeris rojak.

Terima kasih semua

Pelakon Reen Rahim juga ada memuat naik status di IG Story, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menonton Pujaan Hati Kanda sehingga menyebabkan watak Suria trending di Twitter.

Terbaiklah watak Kak Su ni, orang tengah sibuk gaduh dia boleh buat lawak! HAHAHA

Di laman komen, rata-rata ramai yang memuji watak yang dibawa Reen Rahim, seterusnya membuktikan kemampuan Reen melakonkan watak genre humor.

Skrip watak Suria juga menjadi suatu yang hangat diperkatakan netizen, yang sememangnya terhibur dengan aksi Reen Rahim.

Alahai, manis je Reen Rahim ni

“Hey you Hijabista no manners!”

https://twitter.com/nadatulmujarob/status/1082832724531007488

Suria definisi mak cik bawang mulut puaka! Menjadi betul watak dia!

https://twitter.com/nadatulmujarob/status/1082832724531007488

Kau tunggu! Suria is cominggg!!

Sumber dari OhMyMedia